Bagaimana untuk mengenalpasti dan mengenal tanda-tanda AUSTISME?
Bulan November 2009 sudah tiba. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita akan bertemu semula di IPGM Kampus Ipoh untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik.
Mungkin sekarang semua sahabat semua masing sedang sibuk bagi menyiapkan segala kerja - kerja yang tertunggak sudah kian lama. Aku juga tidak terlepas dari menyibukan diri ini.
Harap semua sahabat dapat menghadapi segala kekalutan dengan tenang.
Klip ini diperolehi daripada YouTube.com
Bingkisan daripada PDK Tanjung Karang Selangor.
Keprihatinan kita amat perlu untuk mereka meneruskan hidup di dunia ini. Di akhirat mereka sama macam kita juga. Mungkin kehidupan mereka di akhirat lebih baik berbanding kita yang normal. Mereka ini sudah pasti syurga tempatnya.
Asalamualaikum sahabat sekalian...
Mohon maaf kerana sudah sekian lama aku tidak update blog ini. Kini aku kembali aktif untuk menghidupkan lagi blog ini untuk tantapan sahabat sekalian. Banyak yang mungkin kita dapat berkongsikan bersama-sama pengalaman yang telah kita lalui sepanjang bulan puasa dan detik - detik yang manis semasa menyambut syawal. Mungkin belum terlambat sekiranya aku mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidifitri Maaf Zahir Dan Batin sekiranya terdapat kesilapan dan terkasar bahasa sepanjang persahabatan kita.
Selamat berpuasa diucapkan kepada semua warga Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran IPGM Kampus Ipoh...
Jangan ler lupa plak menunaikan zakat fitrah yer...
Setelah seminggu kita bercuti, sekarang tiba masanya untuk pulang ke sekolah
untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang pendidik.
Welcome back to school everybody!!!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52
Satu Malaysia (One Malaysian)
Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
Kelas KPLI-KDC Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 08 Unit 1
BIG SIRI 10 / 2009 KPLI – KDC PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN 13 – 16 JULAI 2009 PAYA PAHLAWAN RESORT, JITRA KEDAH DARUL AMAN Aktiviti dalam kumpulan (LDK) Detik permulaan perjalanan untuk aktiviti darat kembara…dimulakan dengan bacaan doa supaya dilindungi agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Aktiviti kembara dalam hutan…mencari arah kiblat
Disediakan oleh MDF KPLI-KDC Pend. Khas Masalah Pembelajaran Unit 1 Tajuk Tarikh Tempat Kelas : Kelas Kemahiran Hidup : 12hb Jun 2009 : Bengkel Kemahiran Hidup IPGM Kampus Ipoh : KPLI – KDC Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Unit 1 Aktiviti amali ini dijalankan untuk melatih pelatih – pelatih teknik asas melakukan projek pertukangan iaitu projek Tangam. Seramai 19 orang pelatih diberikan tugasan untuk menyiapkan projek ini. Sebelum melakukan tugasan ini, pelatih – pelatih diberikan penerangan terlebih dahulu oleh En. Kamalun Baharin Salleh.
Kanak-kanak menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga, cepat gelisah serta hilang tumpuan PERASAAN marah, cemas dan gusar sering membelenggu ibu bapa setiap kali menerima panggilan atau surat daripada pihak sekolah yang mengatakan anak mereka nakal, tidak mendengar ajaran guru malah mendapat keputusan yang lemah di dalam kelas. Sifat anak yang tidak boleh duduk diam dan asyik bermain kemungkinan disebabkan sejenis sindrom dipanggil hiperaktif (attention deficit hyperactivity disorder (ADHD). ADHD biasanya lapan peratus ke 10 peratus dikesan bagi kanak-kanak yang sudah bersekolah. Lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap ADHD berbanding kanak-kanak perempuan. Ibu bapa boleh memastikan anak mengalami ADHD jika mereka kelihatan lebih bertenaga daripada biasa, cepat gelisah serta hilang tumpuan. Pakar Pediatrik Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Syed Nazir Ms Kadir, berkata kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. “Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak mengendahkannya. Sememang lumrah semua kanak-kanak bersikap begini, tetapi bagi ADHD, perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. “Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik,” katanya kepada Berita Minggu. Penghidap ADHD mempunyai fungsi otak yang mengawal aktiviti berbeza daripada normal. Ini membuatkan mereka sering berkelakuan pelik dan kelam kabut. Pengkaji dan doktor mengatakan ADHD berpunca daripada genetik tetapi tidak diketahui sebab utama yang mampu mengesahkan bagaimana ADHD boleh terjadi kepada manusia. Dr Syed Nazir berkata, ADHD berlaku apabila ada perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitters pada otak manusia. Cairan kimia ini berfungsi menghantar pesanan antara sel saraf ke otak. Bagi individu yang kekurangan kimia ini akan menunjukkan simptom ADHD. “Ada beberapa pendapat pakar mengatakan saiz otak ADHD lima ke 10 peratus lebih kecil daripada otak normal. “Beberapa kajian dilakukan dan mendakwa merokok ketika mengandung boleh menyebabkan anak berisiko mendapat ADHD. Selain itu risiko lain ialah kelahiran pra matang, bayi dilahirkan dengan berat badan berkurangan dan kecederaan pada otak ketika di dalam perut ibu,” katanya. Pelbagai kontroversi mempengaruhi jumlah sebenar kanak-kanak yang menghidapi ADHD. Diagnosis dan perangkaan membuktikan antara tiga hingga lima peratus kanak-kanak menghidap ADHD setiap tahun. ADHD bukan sejenis penyakit berjangkit, tetapi sindrom seumur hidup bagi mereka yang mengalami situasi kronik. Apa yang membimbangkan 35 peratus daripada kanak-kanak ADHD lebih bersikap degil, sering membantah dan melanggar peraturan. Selain itu 18 peratus daripada mereka lalai, tidak puas dengan apa yang ada, tertekan, masalah dalam pelajaran dan bersosial serta hilang rasa hormat terhadap diri sendiri. Kira-kira 25 peratus lagi kanak-kanak ADHD, cepat risau, takut dan panik, menyebabkan jantung mereka berdegup laju, berpeluh, sakit perut dan cirit birit. Walaupun ADHD tidak mengkategorikan mereka yang lemah dalam pelajaran, tetapi sindrom ini boleh menyebabkan gangguan terhadap penumpuan ketika sesi pembelajaran. Ini sekali gus boleh menjejaskan prestasi di sekolah. Rawatan ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal. Caranya dengan bantuan ibu bapa dan orang sekeliling. Rawatan ADHD juga dikatakan lebih baik dengan gabungan perubatan dan terapi. Amat penting menetapkan rawatan terapi yang spesifik dan sesuai untuk kanak-kanak ini. Susulan rawatan yang sistematik sangat membantu kembali normal. Segala maklumat perkembangan mereka boleh didapati melalui ibu bapa, guru dan kanak-kanak itu sendiri. Masalah kanak-kanak yang menghidap ADHD adalah rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam merawat mereka. Perawatan alternatif semakin menjadi perhatian, termasuk makanan tambahan dan herba, manipulasi kiropratik dan perubahan diet. Walaupun memakan serat dan nutrisi asas lain adalah baik dalam proses merawat ADHD, tidak banyak kajian mengesahkannya. Bagaimanapun tidur yang cukup terbukti dapat membantu mengurangkan simptom ADHD. “Kanak-kanak ini mungkin diberikan terapi tambahan bergantung kepada simptom dan apa yang diperlukan mereka. “Ibu bapa perlu selalu berwaspada terhadap setiap tindakan yang boleh membahayakan diri kanak-kanak itu. Beritahu doktor jika ada sebarang perubahan yang berlaku,” katanya.
Gangguan Hiperaktiviti Atau Kurang Tumpuan
Disedialan oleh MOHD FAIDZ HJ. IBRAHIM Pembantu Pengurusan Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama Memahami Dan Membantu Kanak-Kanak Yang Mengalami Masalah ADHD Apakah itu "ADHD"? Selalunya ibubapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-kanak. Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD. Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Ini mungkin berlaku kerana ADD tanpa hiperaktiviti lebih berpengaruh dalam diri kanak-kanak perempuan dan tidak didiagnosa dengan tepat. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami gangguan ini hanya mendapat bantuan pada usia 6-9 tahun walaupun kebanyakanibu bapa menegaskan masalah yang dihadapi anak mereka mula dikesan pada usia yang lebih muda. ADHD dianggap sebagai penyakit yang akan kekal sepanjang hayat dan sedikit sebanyak dibawa ke alam dewasa. Apakah Tanda-Tanda ADHD? Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di rumah, di sekolah dan sebagainya :1. Hiperaktiviti • • • • • • Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap Selalu banyak bercakap Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah “digerakkan oleh motor” 2. Tempoh tumpuan yang singkat • Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain • • • • • • Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) Selelu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya) Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain Mudah pelupa walaupun tidak sepaatutnya jika mengikut usia dan keupayaan 3. Tingkah laku impulsif • • • • Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan Apabila anak anda gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan anak anda menghadapi masalh tingkahlaku hiperaktiviti. Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ada kalanya menunjukkan tingkahlaku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. Jika anda ragu-ragu, rujuklah doktor anda untuk penilaian selanjutnya. Bolehkah gangguan lain mengiringi ADHD? ADHD sukar hendak didiagnosa kerana ADHD kerap disertai dengan masalah-masalah lain. Gangguan perkembangan seperti kelewatan pertumbuhan global (misalnya kerencatan mental) atau gangguan spektrum autistik. Kesukaran pembelajaran secara khusus iaitu kanak-kanak menghadapi masalah untuk menguasai bahasa atau kemahiran akademik yang tertentu misalnya membaca dan matematik. Masalah emosional dan tingkah laku; orang lain mungkin akan menganggap kanak-kanak ini sebagai kanak-kanak yang terganggu emosinya. Pada hakikatnya, kanak-kanak itu sendiri sentiasa bergelumang dengan kekecewaan dan terpaksa meluahkan emosi mereka. Masalah ADHD : • • Masalah sosial. Mereka kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya. Mereka juga kerap berdepan dengan masalah akademik. Masalah keluarga. Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang tinggal serumah dengan mereka atau mereka yang berinteraksi dengannya sehingga menimbulkan kedaan tegang. Ibu bapa sering salahkan diri kerana tingkah laku anakanak mereka. Beban rasa salah ini boleh menjadi ringan jika ibu bapa memahami keadaan sebenar yang dialami oleh anak mereka. Apakah Yang Boleh Disalah Tafsir Sebagai ADHD? • • • • • Pencapaian akademik rendah yang disebabkan masalah pembelajaran yang lain Kurang daya tumpuan kerana epilepsi atau sawan jenis “petit mal” Infeksi atau jangkitan telinga yang menjejaskan pendengaran sesekali Suka memusnahkan barang atau tidak responsif akibat keresahan atau kemurungan Menghadapi masalah di rumah Punca ADHD Tiada siapa tahu apakah punca ADHD. Punca ADHD tidak dapat dikenal pasti dengan tepat kerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti ADHD bukan disebabkan oleh perkaraperkara berikut: • • • • • Menonton televisyen Alah pada makanan Gula yang berlebihan Keadaan hidup yang miskin Sekolah bertaraf rendah Ibu bapa tidak sepatutnya mencari alasan-alasan yang mungkin menjadi punca ADHD. Sebaliknya, setiap keluarga haruslah mengorak langkah ke hadapan sekali gus mengenal pasti cara-cara yang boleh membantu anak-anak mereka mendapatkan bantuan sewajarnya. Diagnosis Dan Rawatan ADHD Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah. Kerapakali rawatan berkesan untuk ADHD melibatkan pendekatan multidisiplin yang melibatkan bidang perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ADHD memerlukan rawatan. Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat ADHD, tetapi tidak bermakna akan pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihanlatihan kemahiran yang baru. Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baik dengan orang lain, berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan mampu mengawal diri sendiri. Ubat stimulan yang utama untuk merawat ADHD adalah methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin. Kesan ubat dijangka bermula dalam masa 30-60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3-4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Kesan sampingan yang biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh tidur dan kurang selera makan. Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah sakit kepala, pitam atau mengantuk, sakit perut dan biasanya semua ini dirasai apabila dos ubat semakin luput. Apabila kanak-kanak tersebut tidak aktif atau terlalu diam, ini menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perlu dikurangkan. Ubat stimulan adalah tidak memadai untuk merawat ADHD. Rawatan untuk ADHD perlu diselitkan dengan program psikologi, sosial dan pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, sikao dan tingkah laku yang seharusnya untuk mereka mengatasi tuntutan hidup. Bolehkah ADHD sembuh? Dengan bantuan yang sewajarnya dari ibu bapa, guru-guru, para doktor, kanak-kanak ADHD akan mampu menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif mereka dengan lebih baik. Mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuai seperti latihan fizikal atau senaman. Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau pekerjaan yang memberi mereka kebebasan bergerak. Walaupun sebahagian kanak-kanak ADHD akan terus menunjukkan tanda atau masalah sehingga dewasa namaun dengan menjalani rawatan perubatan dan terapi yang diikuti semasa kanak-kanak dapat membantu mereka ketika dewasa
Syukur alhamdullilah kehadrat ALLAH SWT saya telah menyiapkan blog ini untuk sahabat - sahabat KPLI-KDC PK08 IPGM kampus Ipoh
Sekiranya anda ada sebarang maklumat yang boleh dikongsikan bersama - sama sila email kepada saya untuk tatapan semua sahabat sekalian.

